nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Indonesia meterai MoU PDI hari ini

1 APRIL : Malaysia dan Indonesia hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Malaysia diwakili Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Indonesia diwakili Menteri Ketenagakerjaan, Ida Fauziyah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo turut sama menyaksikan pemeteraian MoU itu di Istana Merdeka, di Jakarta, Indonesia.

Dalam sidang media beliau bersama Joko Widodo selepas menyaksikan majlis itu, Ismail Sabri berkata, MoU itu akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menandatangani buku lawatan di Istana Merdeka, Jakarta sambil diperhatikan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Katanya, saluran kemasukan tunggal bagi PDI ke Malaysia dipersetujui dengan hanya menggunakan sistem saluran tunggal seperti yang terkandung dalam MoU bagi menyaring hanya majikan yang layak untuk menggajikan PDI.

“Malaysia sudah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk membanteras isu buruh paksa, termasuk memberi perlindungan kepada pekerja migran dari Indonesia.

“Dalam menjaga kebajikan pekerja domestik dari sudut perlindungan sosial, pelbagai inisiatif digariskan menerusi MoU itu, termasuk caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan jaminan bayaran gaji melalui e-Wages iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat dari hari ketujuh setiap bulan.

“Cuti rehat sehari seminggu diberikan kepada pekerja terbabit dan aplikasi e-aduan yang membolehkan pekerja membuat sebarang aduan secara dalam talian diperkenalkan, selain pelbagai hal kebajikan lain yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan,” ujarnya.

Pemeteraian MoU itu turut merintis kepada kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia untuk bekerja dalam sektor yang dibenarkan di Malaysia di mana ia akan memberi manfaat besar dan berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Pemeteraian itu juga disifatkan satu detik yang besar dan penting serta mencerminkan komitmen berterusan pemerintah Malaysia dan Indonesia menguruskan hal ehwal rakyat.

“Sebagai negara tetangga, Malaysia sentiasa menghargai dan mengalu-alukan sumbangan pekerja migran Indonesia terhadap pembangunan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.