2 APR: Ketua UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad dilaporkan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai calon di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Beliau yang merupakan bekas Menteri Besar Johor, bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk membuat keputusan.
“Saya bersedia untuk berkhidmat dan meneruskan khidmat, saya serahkan kepada pucuk pimpinan,” dipetik daripada portal FMT hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di kerusi DUN Benut sejak 2008, dan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor lepas beliau mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 5,859 undi.
Sebelum itu, Hasni merupakan Ahli Parlimen Pontian setelah menang pada PRU-11, yang diadakan pada Mac 2004, dan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 pada 28 Feb 2020.