14,692 jangkitan baharu, 56 kematian
3 APRIL : 14,692 jangkitan baharu COVID-19, semalam, menjadikan jumlahnya kini mencecah 4,234,087 kes.
Sebanyak 20,383 lagi kes sembuh turut dilaporkan, setakat tengah malam tadi, menyumbang kepada jumlah 3,997,786 pesakit sudah pulih, setakat ini.
Selain itu, 56 korban baharu COVID-19 direkodkan, termasuk 11 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Perkembangan itu membawa kepada jumlah 35,069 kematian akibat COVID-19 meliputi 7,397 kes BID.
Tiga negeri merekodkan 10 kematian baharu, iaitu Perak (termasuk dua BID), Selangor (termasuk lima BID) dan Kuala Lumpur.
Johor menyusul dengan lapan korban baharu termasuk satu BID; Kedah (tujuh dengan dua BID); Melaka (tiga dengan satu BID); Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing dua); serta Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu (masing-masing satu).
Dalam pada itu, sebanyak 201,232 kes aktif dilaporkan setakat tengah malam tadi, dengan sebahagian besar daripada mereka sedang menjalani isolasi di rumah; rawatan di hospital (3,925); serta berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (555).