4 APR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk berdebat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad.
Mantan Perdana Menteri itu berkata, pasukan Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh mengaturkan bersama pihak media yang berhasrat mahu mengadakan siaran langsung mengenai perkara terbabit.
“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Anwar dalam Facebooknya hari ini menyahut cabaran Ahli Parlimen Pekan itu untuk berdebat mengenai Sapura Energy.
Ketua Pembangkang itu turut memaklumkan beliau bersedia untuk berdebat dengan Najib bila-bila masa sahaja.