4 APRIL : Seorang lelaki di Saxony, Jerman sanggup menerima suntikan vaksin COVID-19 sehingga 90 kali semata-mata bagi menjual kad vaksinasi
Lelaki berusia 60 tahun itu, mengambil risiko berbuat demikian tanpa menghiraukan kesan ke atas badannya kerana ada individu sanggup membeli kad vaksinasi beliau kerana enggan divaksin.
Bagaimanapun, perbuatannya berjaya dikesan pihak berkuasa apabila lelaki berkenaan mengunjungi sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, Saxony di Jerman untuk mengambil suntikan COVID-19 bagi hari kedua berturut-turut.
Agensi berita Jerman, melaporkan lelaki itu tidak ditahan tetapi sedang disiasat kerana mengeluarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran, selain memalsukan dokumen berkaitan.
“Polis merampas beberapa kad vaksinasi kosong daripada lelaki berkenaan dan kini sedang membuat persiapan untuk meneruskan prosiding jenayah.