5 APR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 28 kes kematian COVID-19 semalam termasuk tujuh kes kematian di luar hospital (BID).
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,127.
Selangor dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes, diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) serta Kedah dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Perlis, Sabah, Terengganu, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pada itu, sebanyak 10,002 kes baharu COVID-19 turut dilaporkan meliputi 9,904 penularan tempatan dan 98 kes import.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 179,619 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 236 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 140 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 23,302 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,256,469.