nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini

7 APR : Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini dalam dagangan jajaran kecil susulan jualan dan belian yang berselang-seli di kaunter wajaran tinggi terpilih terutama saham perladangan, perbankan dan minyak dan gas, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.93 mata kepada 1,600.79 daripada paras penutup 1,604.72 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.79 mata kepada 1,605.51 dan bergerak antara paras 1,597.95 dan 1,606.13 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 597 berbanding 422, manakala 422 kaunter tidak berubah, 830 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.Jumlah dagangan susut kepada 3.34 bilion unit bernilai RM2.54 bilion daripada 3.43 bilion unit bernilai RM2.47 bilion pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, bursa tempatan dibuka tinggi sedikit tetapi menyusut kemudiannya susulan prestasi lemah pasaran global selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengulangi pendirian untuk menaikkan kadar faedah dalam minit mesyuarat terbaharunya.

“Rizab Persekutuan AS (Fed), dalam minit mesyuarat terbaharunya menyatakan bahawa ia merancang untuk menaikkan kadar faedah dan mengurangkan lembaran imbangannya sebanyak lebih daripada AS$1 trilion setahun.

“Ini mencetuskan kebimbangan langkah itu akan membawa risiko kepada pertumbuhan ekonomi yang seterusnya menyebabkan kemeruapan dalam pasaran,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau mencatatkan penurunan berikutan jualan di Wall Street semalaman dengan pasaran Jepun dan Hong Kong jatuh menjunam susulan minit mesyuarat Fed itu dan rancangan AS untuk menangani peningkatan inflasinya yang boleh mengehadkan pertumbuhan ekonomi terbesar dunia itu.

“Di bursa tempatan, kami percaya paras 1,600 kekal menjadi faktor kritikal bagi menentukan prospek jangka terdekat bagi indeks petunjuk pasaran itu. Sekiranya FBM KLCI berupaya kekal di atas paras 1,600 bagi tempoh yang lebih lama, kami menjangkakan prospek bagi indeks petunjuk pasaran itu akan positif dalam tempoh sederhana.

“Buat masa ini, kami menasihati pelabur agar lebih peka dengan peningkatan risiko dan kemeruapan pasaran dan keadaan luaran yang tidak menentu. Justeru, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,590 hingga 1,610 menuju ke hujung minggu,” katanya.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.23 peratus kepada 21,808.98, Nikkei 225 Jepun susut 1.69 peratus kepada 26,888.57, Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.55 peratus kepada 3,404.23 dan Kospi Korea Selatan jatuh 1.43 peratus kepada 2,695.86.

Di bursa tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun enam sen kepada RM8.83 dan Public Bank susut tiga sen kepada RM4.68.Petronas Chemicals meningkat 19 sen kepada RM10.18, IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM6.41 dan CIMB Group naik empat sen kepada RM5.35.

Dalam kalangan kaunter cergas, MBSB dan SMTrack meningkat 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 65.5 sen dan 9.5 sen, Techna-X dan Vizione naik satu sen setiap satu masing-masing kepada 9.5 sen dan tujuh sen manakala Metronic menokok setengah sen kepada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 susut 48.48 mata kepada 11,153.13, Indeks FBM Emas turun 50.18 mata kepada 11,499.86 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 64.86 mata kepada 12,134.55.FBM 70 berkurangan 146.28 mata kepada 13,935.37 dan FBM ACE susut 41.96 mata kepada 5,828.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 26.31 mata kepada 16,769.44 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.07 mata kepada 211.56, tetapi Indeks Perladangan naik 19.22 mata kepada 8,336.76.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.33 bilion saham bernilai RM2.32 bilion berbanding 2.30 bilion saham bernilai RM2.17 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 429.53 juta unit bernilai RM74.16 juta berbanding 378.19 juta unit bernilai RM65.38 juta.Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 578.69 juta saham bernilai RM146.16 juta daripada 745.34 juta saham bernilai RM227.69 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 410.05 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (560.83 bilion), pembinaan (238.80 juta), teknologi (193.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (188.98 juta), hartanah (318.42 juta), perladangan (54.25 juta), REITs (10.96 juta), dana tertutup (114,800), tenaga (214.97 juta), penjagaan kesihatan (55.57 juta), telekomunikasi dan media (31.17 juta), pengangkutan dan logistik (32.04 juta) dan utiliti (17.22 juta).-BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.