7 APR : India semalam melaporkan kes pertama varian Omicron XE yang dikesan di Mumbai.
Varian baharu itu dipercayai lebih mudah merebak berbanding varian Omicron yang pertama kali dikesan di Britain dan kini menjadi varian dominan di negara itu.
Ia dikatakan kira-kira 10 peratus lebih mudah merebak berbanding subvarian BA.2 Omicron, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sehingga kini, sub-varian BA.2 Omicron dianggap sebagai strain COVID-19 yang paling tinggi menjangkiti, menurut laporan media itu.