nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Konsep Wasatiyah Al Azhar mendepani cabaran pemikiran ekstrimisme

7 APR :  Universiti Al-Azhar terbukti berjaya mendepani cabaran pemikiran ekstremisme dan keganasan yang boleh meruntuhkan negara serta merugikan umat Islam dengan mendukung Konsep Al-Wasatiyyah atau kesederhanaan.

Konsep itu menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  adalah selari dengan konsep Keluarga Malaysia, yang bersifat inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

Katanya, pengaruh universiti ulung itu dalam sejarah peradaban manusia, turut memberi kesan kepada pembentukan institusi keilmuwan pada hari ini.

“Berdirinya institusi keilmuan Islam di dunia khususnya di Malaysia, hakikatnya adalah kerana menggunakan kurikulum pendidikan yang diasaskan oleh Manhaj Universiti Al-Azhar terdahulu yang ke hadapan dalam arena pendidikan atau Tarbiyyah Islamiah.

“Semuanya menggunakan Manhaj Al-Azhar yang terbukti dapat menjaga akidah Ahli Sunah Wal Jamaah daripada beberapa fahaman seperti Khawarij, Muktazilah, Syiah, Salafi, Zahiriyyah, Batiniyyah, Takfiriyyah, Liberalisme, Pluralisme dan beberapa fahaman yang muncul pasca modenisme kini.

“Aliran-aliran berkenaan itu adalah dihadapi dengan ilmu, mantiq dan kaedah ilmiah yang mantap dengan satu gagasan “menghadapi fikiran dengan fikiran”. Al-Azhar menolak sama sekali aliran kafir mengkafir yang dianggap menjadi punca pecah belah sesama Islam, yang sekali gus menyekat pembangunan ummah,” katanya lagi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri berkata demikian menerusi satu perutusan  sempena sambutan Hari Sedunia Al-Azhar, Asy-Syarif, serta ulang tahun Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) ke-10, yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini pada Khamis.

Majlis diserikan dengan kehadiran Presiden WOAG Malaysia Prof Datuk Mohd Fakhrudin Abdul Mukti; Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad; serta Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.

Selain itu, perutusan dalam talian Syeikh Al-Azhar, al-Imam al-Akbar Prof Mohamed Ahmed Mohamed Al-Tayyeb turut disampaikan oleh Rektor Universiti Al-Azhar, Prof Mohamed Husin al-Mahrasawy.

Kata Perdana Menteri lagi, kecemerlangan yang ada pada Al-Azhar, guru yang hebat keilmuannya, kurikulum pendidikan yang bersepadu dan Manhaj Wasatiyyah Al-Azhar, sewajarnya dimanfaatkan oleh umat Islam di Malaysia dalam membina generasi berilmu yang cemerlang di dunia dan akhirat.

“Al-Azhar sebuah institusi islam yang terulung dan tertua di dunia dengan barisan para ulamanya yang muktabar dan bertaraf dunia.

“Kealiman dan kesepaduan ilmu para ulama’ Al-Azhar menjadikan para penuntut Al-Azhar berpeluang menadah dan mendalami ilmu-ilmu agama dengan penuh adab dan tertib.

“Kedudukan ini menarik kedatangan para penuntut ilmu dari seluruh pelusuk dunia, khususnya dari negara kita Malaysia untuk menimba ilmu di Rihab Universiti Al-Azhar yang tersohor ini.

“Kehadiran para pelajar Melayu ke Mesir khususnya di Al-Azhar telah direkodkan bahawa orang Melayu pertama yang pernah menuntut di Al-Azhar ialah Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Al-Fathani (seorang ulama Melayu yang terkenal di nusantara dan Makkah) iaitu pada awal 1870-an,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri berkata, di Malaysia para lepasan Al-Azhar seterusnya telah membentuk suatu jaringan dan hubungan yang berterusan antara Al-Azhar dan alumninya di mana mereka diamanahkan untuk membawa Risalah Al-Azhar “Ummatan Wasata” atau “Wasatiyyah” dalam melaksanakan tugas mulia selaku ulama sebagai “Warathatul Anbiya’.

Hubungan dan jaringan itu, kata Perdana Menteri, dapat memberi faedah kepada agenda dakwah Islamiah, pemerkasaaan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan sebagai jaringan strategik kepada Kerajaan Malaysia bagi kepentingan agama, negara dan ummah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.