7 APR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengajak rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat serta generasi akan datang.
Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 yang disambut hari ini, Ismail Sabri berkata, diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan.
“Sayangilah bumi. Bumi anugerah buat kita. Planet yang sihat menyumbang ke arah udara, air dan makanan yang bersih.
“Diri da kualiti alam sekitar penentu utama kesihatan kita.
“Planet Kita, Kesihatan Kita! Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Hari Kesihatan Sedunia 2022 bertemakan ‘Planet Kita, Kesihatan Kita’.