nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KEMAS laksana Pelan Transformasi Digital di 700 TABIKA

8 APR : Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS akan melaksanakan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak di 700 buah premis TABIKA tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelaksanaan pelan itu membabitkan penyediaan capaian jaringan internet yang lebih baik.

“KPLB akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya kita dapat tingkatkan internet di kawasan sekolah KEMAS di kampung-kampung.

“Sekiranya kita tingkatkan keupayaan capaian internet di sekolah KEMAS, kita boleh sediakan peralatan digital seperti peranti internet dan laptop kepada sekolah-sekolah ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS Negeri Pulau Pinang hari ini.

Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina ketika hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS Negeri Pulau Pinang hari ini.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Jelas Mahdzir, 700 buah premis Tabika itu adalah fasa pertama KEMAS melaksanakan pelan transformasi digitalnya.

“Apabila keperluan ini dapat disediakan nanti, proses mendidik anak-anak di Tabika KEMAS bagi mengenal dunia digital dapat dilakukan dari awal perkembangan pendidikan mereka.

“Ini suatu perkara yang amat baik untuk anak-anak di sekolah KEMAS kerana pengetahuan mereka terhadap dunia digital dapat ditingkatkan.

“Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS yang bermula tahun ini membabitkan 11 ribu buah Tabika.Ia akan memberi manfaat kepada hampir 200 ribu kanak-kanak Tadika KEMAS di seluruh negara.

“Ini adalah usaha KEMAS untuk mendigitalisasikan sekolah di bawah KEMAS dan ia juga adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak”, kata Mahdzir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.