8 APR : Kertas kerja cadangan untuk menaikkan kadar elaun RM500 yang diterima kira-kira 10,000 pembantu Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini sedang diperingkat akhir untuk disiapkan.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebaik saja siap, kertas kerja itu akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam usaha menjaga kebajikan pembantu TABIKA KEMAS.
“Kita berharap kadar elaun RM500 itu akan dinaikkan sedikit ke tahap lebih baik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS Pulau Pinang, di Tasek Gelugor hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada kakitangan KEMAS pernah terkesan dengan jangkitan COVID-19.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mencadangkan supaya elaun pembantu TABIKA KEMAS dipertimbang untuk dinaikkan ke paras gaji minimum RM1,200.
Ia berikutan kadar elaun diterima kumpulan berkenaan disifatkan sebagai tidak lagi sesuai kerana mereka bertugas hampir sepenuh masa