9 APR : Singapura mengambil pendirian berkecuali dalam pengundian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia pada Khamis, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA).
Menurut jurucakap kementerian, republik itu sedang menunggu keputusan Suruhanjaya Bebas Siasatan Antarabangsa mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa di Ukraine.Suruhanjaya diberi mandat menerusi Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia 49/1 berhubung
“Situasi hak asasi manusia di Ukraine yang berpunca daripada operasi ketenteraan Rusia”, dan diterima pakai pada 4 Mac 2022.
“Singapura adalah penaja bersama resolusi berkenaan.”Kami amat prihatin dengan laporan serta imej didakwa berlaku di Bucha dan bandar-bandar lain di Ukraine dengan angka korban yang tinggi serta kemusnahan infrastruktur awam.
“Singapura mengutuk sekeras-kerasnya sebarang pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan dalang di sebalik kejadian harus bertanggungjawab.”Kami menggesa semua pihak bekerjasama dengan Suruhanjaya, dan membenarkan akses penuh tanpa halangan supaya ia boleh mengumpul bukti dan melaksanakan tugasnya,” kata jurucakap itu.
Republik itu mengulangi sokongannya terhadap kedaulatan, kemerdekaan politik, dan integriti wilayah Ukraine.
“Pendirian Singapura mengenai perkara ini jelas dan konsisten sejak konflik tercetus.”Undian berkecuali kami terhadap resolusi ini adalah konsisten yang menyokong serta mendukung peraturan berasaskan sistem pelbagai hala dan penerapan mekanisme sewajarnya,” kata jurucakap itu.
Perhimpunan Agung PBB menggantung keahlian Rusia selepas bukti menunjukkan kekejaman dilakukan tentera Moscow.Undian menyaksikan 93 negara menyokong dan 24 membantah, manakala 58 berkecuali.- BERNAMA