10 APR: Sebanyak 21 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam tanpa kematian di luar hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,280.
Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kedah, Pahang dan Selangor masing-masing tiga kes, Perak dan Sarawak masing-masing dua kes serta Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya dan Labuan.
KKK juga melaporkan 10,177 kes COVID-19 dan termasuk 10,124 penularan tempatan dan 53 kes import.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 153,463 kes aktif dilaporkan, termasuk 195 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 108 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 15,132 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,317,706.