11 APR: Dua jenama kit ujian kendiri COVID-19 dibatalkan kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
MDA memaklumkan, pembatalan itu berkuat kuasa serta-merta kerana pihak berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan.
“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
“Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.
“Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” katanya dalam Facebook rasminya hari ini.