11 APR : Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan esok dibatalkan kerana Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022 telah diputuskan untuk dikaji dan diteliti semula melalui sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.
Menurut Setiausaha Dewan Negara, Sujair Abdullah, Yang di-Pertua Dewan Negara telah menerima pemakluman pembatalan Mesyuarat Khas Dewan daripada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis.
Ini kerana Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022 telah diputuskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada hari ini untuk dikaji dan diteliti semula melalui sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.