12 APR : Kes harian COVID-19 terus memperlihatkan trend penurunan dengan sebanyak 7,739 kes baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam di mana 7,716 kes membabitkan penularan tempatan manakala 23 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Berdasarkan data yang dikongsikan di laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan stakat ini sebanyak 4,333,557 individu di negara ini sudah dijangkiti virus berkenaan.
Pada masa sama, sebanyak 19,049 kes sembuh dilaporkan semalam, menyumbang kepada 4,163,777 kes pulih daripada jangkitan COVID-19, setakat ini.
Semalam juga, sebanyak 19 kematian akibat COVID-19 direkodkan dengan tiga membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 97.6 peratus bersamaan 131,235 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 2.1 peratus atau 2,794 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Sebanyak 266 atau 0.2 peratus kes daripada jumlah keseluruhan pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Unit Rawatan Rapi (ICU) (72 kes) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (102 kes).