12 APR : Ahli perniagaan, Nicky Liow, mengaku tidak bersalah terhadap 26 pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Helina Sulaiman.
Beliau yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dituduh dengan tuduhan yang berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).
Nicky atau Liow Soon Hee, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group, didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 2016 hingga 2021.
Nicky yang berjaya melarikan diri daripada pihak berkuasa selama setahun, akhirnya Nicky menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, jam 11 pagi semalam.