nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kematian 8 remaja basikal lajak, wanita dipenjara 6 tahun

13 APR : Seorang kerani wanita dipenjara enam tahun mulai hari ini dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak, kira-kira lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar, dalam keputusannya terhadap rayuan kes itu, turut memerintahkan responden, Sam Ke Ting, 27, menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Abu Bakar dalam penghakimannya, berkata mahkamah bicara sebelum ini juga terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara tidak bersumpah dan hanya bersifat penafian semata-mata.

Katanya, responden diputuskan bersalah serta disabitkan atas pertuduhan yang dikenakan selepas melalui perbicaraan penuh dan bukannya kes pengakuan bersalah.

Justeru, beliau berkata, mahkamah mengambil kira hujahan pihak berkaitan serta mempertimbangkan pelbagai faktor, dan dalam menjatuhkan hukuman, kepentingan awam perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

“Perbuatan responden memandu secara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan dilakukan responden adalah kesalahan berat.

“Parlimen telah meminda hukuman bagi kesalahan ini pada 2020 menerusi Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020. Oleh itu, responden bernasib baik kerana kesalahan disabitkan berlaku pada 2017, iaitu sebelum pindaan dibuat,” katanya.

Selain itu, Abu Bakar berkata, mahkamah turut membuat pertimbangan bahawa kesalahan dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor, dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 membabitkan sejumlah 10,297 kematian.

“Berdasarkan itu, mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun mulai tarikh sabitan, hari ini, dan denda RM6,000.

“Jika gagal membayar denda, tambahan enam bulan penjara. Responden juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tiga tahun sebaik saja selesai menjalani hukuman penjara,” katanya.

Prosiding rayuan itu dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala Ke Ting diwakili peguam bela, Muhammad Faizal Mokhtar.

Responden turut gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu, apabila hakim memerintahkannya dipenjarakan mulai hari ini selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.

Terdahulu ketika membacakan keputusan rayuan kes itu, Abu Bakar berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Katanya, mahkamah bicara (Mahkamah Majistret) didapati terkhilaf dalam mempertimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan ekshibit dan tiada pengecaman ke atas mangsa.

Beliau berkata, mahkamah bicara juga terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara tidak bersumpah dan hanya bersifat penafian semata-mata.

“Responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri, namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden ketika kes pendakwaan.

“Oleh itu, mahkamah ini mengetepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu,” katanya.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mempertimbangkan prinsip kepentingan awam berikutan kes itu mengorbankan lapan mangsa, selain kes kemalangan maut yang meningkat di negeri ini saban tahun.

Bagaimanapun, pihak pembelaan merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan ia adalah kesalahan pertama responden, selain dia juga menanggung kedua-dua ibu bapanya.

Sebelum itu, Ke Ting yang berbaju kemeja putih bergaris hitam dan memakai seluar berwarna krim, hadir dengan ditemani seorang rakannya, di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Ke Ting membela diri, selepas Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahanaz Sulaiman, dilaporkan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, sekali gus mengetepikan perintah Mahkamah Majistret pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan Ke Ting.

Pada 28 Oktober tiga tahun lalu, Mahkamah Majistret di sini melepas dan membebaskan tertuduh tanpa memanggilnya untuk membela diri atas pertuduhan dihadapi, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 ekshibit dikemukakan di mahkamah.

Pada 10 November tahun lalu, pihak pendakwaan dilapor memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan Ke Ting.

Pengarah Pendakwaan Johor ketika itu, Amir Nasruddin, dilaporkan berkata notis rayuan difailkan pihaknya selepas mendapati dan percaya ada merit memfailkan notis terhadap beberapa isu.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, selain lesen memandu digantung, jika sabit kesalahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.