13 APR: Korea Selatan akan memberi dos penggalak COVID-19 kedua kepada individu berusia 60 tahun ke atas bagi menangani varian Omicron susulan peningkatan lebih 20 peratus kadar jangkitan golongan berkenaan.
Menteri Kesihatannya, Kwon Deok-cheol, kerajaan bercadang meluaskan pemberian vaksin itu kepada mereka berumur 60 tahun ke atas yang sebelum ini mula diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk kepada mereka yang berada di rumah penjagaan
Tindakan itu, selepas peningkatan jangkitan Omicron mendorong kes dan angka kematian direkodkan tinggi dalam tempoh beberapa bulan.
Semalam, data kerajaan menunjukkan seramai 316,608 individu menerima dos penggalak kedua dengan sekitar 33 juta penduduk, iaitu 64.2 peratus daripada keseluruhan populasi sudah menerima dos penggalak pertama.
Korea Selatan melaporkan 195,419 kes jangkitan baharu sehingga tengah malam tadi, menjadikan angka keseluruhan kepada 15,830,644 jangkitan dan 20,034 kematian, lapor CNA.
Kementerian Kesihatan turut memberitahu pihaknya akan mengumumkan sebarang perubahan kepada peraturan penjarakan sosial sedia ada, Jumaat ini. – AGENSI