14 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya sambutan perayaan Tahun Baharu Tamil bakal mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini di atas dasar Keluarga Malaysia.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan di Facebook miliknya berkata, persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Malah, Perdana Menteri menegaskan yang paling penting ialah menghormati antara satu sama lain, yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.
“Selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi untuk masyarakat Sikh yang menyambutnya hari ini.
“Semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya serta seluruh Keluarga Malaysia amnya, terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.
“Hari ini juga adalah masa untuk meraikan permulaan baharu bagi meraih kemakmuran,” katanya.