14 APR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa UMNO di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Antara pemimpin kanan yang hadir ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hadir sama, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; pimpinan tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presidennya, Datuk Dr. Mah Hang Soon turut memeriahkan majlis berkenaan.
Majlis berkenaan turut meraikan anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.