15 APR : Jumlah kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) meningkat kepada 270,282 individu atau 7.6 peratus setakat semalam berbanding 229,615 individu atau 6.5 peratus pada Rabu.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, setakat semalam juga seramai 1,380,661 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,867,600 individu atau 92.2 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,969,812 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, seramai 15,959,507 individu dewasa atau 67.8 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,959,889 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,544 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 58,078 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,554 dos pertama, 41,430 dos kedua dan 8,094 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,431,570.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 18 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Johor, Kedah dan Perak masing-masing mencatat tiga kes diikuti Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing dua kes. Selain itu, satu kes kematian turut direkodkan di Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Putrajaya.- BERNAMA