15 APR : Sebanyak 10,413 kes harian baharu COVID-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan setakat ini di Malaysia meningkat sebanyak 4.36 juta.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 13,361 kes (99.50%) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 52 kes (0.50%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.
“Daripada 52 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 14 April 2022, 16 kes (30.77%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 11 kes (21.15%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak.
“Sementara 25 kes (48.08%) telah menerima dos penggalak (booster), 24 kes (46.15%) berumur 60 tahun dan ke atas dan22 kes (42.31%) mempunyai komorbid,” jelasnya.
Sebanyak 154 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 89 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 13,202 kes.
Semalam, lapan kluster baharu direkodkan, dengan 112 kluster masih aktif, sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.91.