15 APR : Ukraine mendakwa berjaya menenggelamkan kapal utama armada Russia di Laut Hitam, Moskva, selepas terkena bedilan peluru berpandu.
Media Russia pula tidak menyatakan serangan peluru berpandu ketika memetik kenyataan Kementerian Pertahanan yang memaklumkan berlaku letupan pada kapal Moskva sehingga mengakibatkan kebakaran serta kerosakan serius.
Pegawai di Odessa pula memaklumkan tentera Ukraine berjaya membedil kapal terbabit.
“Kerosakan teruk itu disebabkan terkena bedilan peluru berpandu Neptune,” menuruk jurucakap pentadbiran ketenteraan Odessa, Sergey Bratchuk.
Kapal Moskva dilengkapi sistem persenjataan peluru berpandu yang sebelum ini terbabit dalam konflik di Syria, menjadi armada laut utama Moscow dalam kempen serangannya terhadap Ukraine.
Menurut PBB, lebih 4.7 juta rakyat Ukraine meninggalkan negara mereka dalam tempoh 50 hari pencerobohan Russia.