nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Calon Ismail Sabri sebagai PM bukan helah segerakan PRU-15

17 APR : UMNO menolak dakwaan pembangkang yang menyatakan langkah menamakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri itu sebagai helah politik bagi menyegerakan PRU-15.

Sebaliknya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa tindakan menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri itu adalah hak parti.

“Adalah menjadi hak UMNO sebagai parti utama di Malaysia untuk menamakan siapa calon poster boy UMNO bagi PRU-15 dan dalam hal ini kita sebulat suara namakan Ismail Sabri. Itu adalah hak kita. Ia bukan helah atau apa pun termasuk untuk percepatkan PRU-15.

“AMANAH pun boleh namakan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai calon PM mereka. Begitu juga parti lain boleh namakan siapa jua calon PM mereka,” katanya selepas Majlis Iftar bersama pimpinan di Benut, malam tadi.

Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad dilaporkan berkata, langkah UMNO mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri itu satu helah untuk menggesa beliau menyegerakan pembubaran parlimen bagi PRU-15 diadakan.

Khalid dilaporkan mendakwa, langkah itu seterusnya membuka jalan untuk UMNO melantik Perdana Menteri lain yang lebih bersedia menyelamatkan kedudukan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, yang berdepan pertuduhan di mahkamah, seperti polemik Menteri Besar yang berlaku di Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian seterusnya berkata, pelantikan Menteri Besar Johor yang bukan daripada calon poster boy UMNO ketika PRN lalu, adalah atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang perlu dihormati.

“UMNO juga menghormati perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam memperkenankan calon Perdana Menteri. Namun adalah menjadi hak kita sebagai parti utama di Malaysia untuk menamakan siapa calon poster boy UMNO bagi PRU-15. Itu adalah hak kita dan bukan helah atau apa pun.

“PRU 15 boleh diadakan pada bila-bila masa jika didapati sesuai oleh PM selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, maka bolehlah diadakan PRU-15,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.