17 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam meluangkan masa menyantuni anggota keselamatan dalam program singgah sahur yang merupakan program tradisi beliau setiap kali di bulan Ramadan di kawasan Parlimen Bera.
Beliau memulakan kunjungan singgah sahur ke pejabat Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Bera dan sempat meluangkan masa beramah mesra bersama anggota yang bertugas.
Beliau kemudiannya meneruskan jelajah singgah sahur ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bera dan Jabatan Bomba Bera bagi menyampaikan juadah bersahur kepada anggota keselamatan yang bertugas.
Program singgah sahur itu merupakan manifestasi penghargaan beliau kepada anggota keselamatan seperti pihak PDRM, APM dan Bomba.
Turut sama dalam program itu ialah Khaizul Nizam Mohamad Zuldin dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bera, Salmiah Ab. Rahman.