17 APR : Insiden tembakan rambang di sebuah masjid Scarborough di Toronto, Kanada semalam setelah selesai solat tarawih menyebabkan lima orang cedera.
Sumber polis memaklumkan jemaah masjid berkenaan diserang secara rambang oleh penembak dari dalam sebuah kenderaan.
Portal Anadolu Agency melaporkan sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dalam kejadian di daerah Scarborough itu.
Bagaimanapun setakat ini Polis Toronto masih tiada maklumat tentang jumlah suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
Sementara itu, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborough, Nadeem Sheikh berkata dia bimbang dengan kejadian tembakan itu dan menggesa pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan menahan pelaku bagi membendung keganasan senjata api di kawasan itu.