18 APR : Seramai 26 orang penunjuk perasaan ditahan pihak berkuasa Sweden ekoran insiden pergaduhan antara pihak polis dan penunjuk perasaan yang menentang rancangan kumpulan sayap kanan untuk membakar naskah Al-Quran.
Pertempuran tercetus di kedua-dua bandar buat kali kedua dalam tempoh empat hari membabitkan perhimpunan oleh kumpulan antipendatang dan anti-Islam, Hard Line yang diketuai ahli politik Denmark-Sweden, Rasmus Paludan semalam.
Pihak polis dalam satu kenyataannya, berkata seramai lapan orang ditahan di bandar Norrkoping dan 18 lain di kota Linkoping di mana tiga orang turut tercedera selepas pihaknya melepaskan tembakan amaran ketika kejadian, semalam.
Paludan, yang adalah seorang peguam dan YouTuber, berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya Parlimen Sweden September ini dan dikatakan sedang mengadakan “lawatan” ke negara itu.
Beliau melawat kawasan yang mempunyai bilangan majoriti penduduk Islam dan membakar kitab suci Al-Quran ketika umat Islam sedang berpuasa yang berlaku di sebuah sekolah di Malmo, di mana beliau membakar Al-Quran, Sabtu lalu.
Perhimpunan Hard Line mencetuskan beberapa perbalahan antara polis dan kumpulan balas di seluruh negara Scandanivia, dalam tempoh beberapa hari.
Pada Khamis dan Jumaat lalu, kira-kira 12 pegawai polis tercedera dalam perkelahian itu.
Menteri Luar Iraq hari ini, memberi amaran bahawa perkara itu boleh membawa kepada kesan serius terhadap hubungan Sweden dan umat Islam secara keseluruhannya, kedua-dua negara Arab dan Islam serta masyarakat Islam di Eropah.