19 APR : Gempa bumi magnitud 5.9 menggegarkan wilayah Davao Oriental di selatan Filipina hari ini, jam 9.23 pagi waktu tempatan pada kedalaman 49 kilometer (km), kira-kira 54 km ke tenggara bandar Manay.
Beberapa gegaran susulan diramal berlaku dan boleh menyebabkan kerosakan.
Sementara itu di Jepun, gempa bumi bermagnitud 5.3 direkodkan di timur laut negara itu, menurut agensi berita rasmi NHK.
Pusat gempa ialah di wilayah Fukushima dan namun setakat ini tiada kemusnahan dilaporkan selain tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Pusat Seismologi Mediterranean Eropah melaporkan, Tonga mencatatkan gempa bumi magnitud 5.9 hari ini pada kedalaman 80 km.