19 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepemimpinan tiga sayap parti berkenaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.
Turut hadir, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut menghadiri majlis tersebut Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan.
Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu, turut diserikan dengan kehadiran 29 anak yatim dari Raudhatul Al-Faeez, Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan Ismail Sabri turut meluangkan masa beramah mesra bersama mereka sebelum berbuka puasa.
Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih di surau diimamkan Abdul Karim Zakaria Al-Hafiz Imam Masjid Putra.– BERNAMA