nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TMJ cadang 3 langkah pastikan kes dera tidak berulang

19 APR : Kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik, demikian tegas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sehubungan itu, Baginda mencadangkan tiga langkah untuk memastikan kes penderaan terhadap kanak-kanak seperti kes kanak-kanak istimewa,  Bella, tidak akan berulang lagi.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan di Facebook rasminya bertitah,  Baginda mencadangkan agar pindaan perundangan dilakukan dalam usaha untuk menambah baik Akta Kanak-Kanak 2001.

“Penambah baikan ini harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan, untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.

“Langkah kedua adalah berhubung penguatkuasaan  di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.

“Manakala langkah ketiga ialah satu kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain,” titah Baginda.

Cadangan berkenaan telah dikemukakan Tunku Ismail dalam pertemuan Baginda dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun hari ini di Royal Johor Polo Club.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Wakil UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex dan  Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail.

Titah Tunku Ismail  lagi, hasil kajian  akan didedahkan kepada umum dan Baginda sendiri akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.