20 APR: Sebanyak 487,728 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun atau 13.7 peratus daripada populasi itu melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,425,865 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.1 peratus, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,877,332 individu atau 92.5 peratus lengkap divaksin, manakala 2,978,531 atau 95.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,985,545 individu atau 67.9 peratus menerima dos penggalak, 22,961,980 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua, manakala 23,238,874 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam, sebanyak 47,612 dos vaksin diberikan membabitkan 35,398 dos kedua, 4,635 dos penggalak dan 7,579 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,742,922.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 12 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam, dengan Perak merekodkan jumlah tertinggi iaitu lima kes diikuti Johor dengan tiga kes.
Kedah, Melaka, Pahang dan Putrajaya masing-masing mencatatkan satu kes. – BERNAMA