20 APR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 12 kematian baharu akibat COVID-19 semalam termasuk satu kes kematian di luar hospital (BID).
Turut dilaporkan 5,959 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,365,378.
Menurut data laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian terkini di negara ini adalah sebanyak 35,449 manakala bagi kategori BID pula sebanyak 7,497 kes.
Putrajaya merekodkan angka kematian tertinggi dengan 17 kes diikuti Perak dengan 14 kes dan Perlis (12).
Dalam pada itu, jumlah kes aktif yang direkodkan adalah sebanyak 92,039 termasuk 1,988 dirawat di hospital dengan 33 kes ditempatkan di Unit Rawatan R(ICU) dan 64 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 89,698 kes pula menjalani kuarantin di rumah dan 256 kes lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).