21 APR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah, di Masjid Jamek Negeri di Kuching, Sarawak malam ini.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 6.30 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seri Paduka berdua disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pada majlis itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 asnaf.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib. – BERNAMA