22 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama kepemimpinan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.
Antara yang hadir ialah Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan; Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan.
Majlis yang dihadiri hampir 1,000 tetamu itu turut dihadiri 35 anak yatim dan asnaf dari Rumah Raudhatul Al Faeez di Gombak, Selangor.
Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar bersama mereka.
Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. – BERNAMA