24 APR: Kerajaan akan meminda peruntukan dalam akta berkaitan bagi membolehkan guru Gred DG48 dan ke atas yang tidak terbabit pentadbiran, aktif dalam kesatuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan rayuan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) agar kebenaran itu diberikan kepada golongan berkenaan.
“Saya sudah menghubungi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, agar perkara ini dipinda semula supaya guru yang tidak terbabit pentadbiran, boleh berkesatuan.
“Saya percaya mereka yang terbabit pentadbiran yang boleh mempengaruhi keputusan dan sebagainya, bawah akta pun memang tidak dibenarkan.
“(Namun) Seperti yang saya sebutkan, kerajaan hari ini komited untuk bersama-sama dengan pekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pampasan Bekas Pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd, di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kemaman, di Chukai, hari ini.