25 APR : Pihak berkuasa Shanghai dilaporkan memasang penghadang jaring di luar beberapa bangunan kediaman sebagai usaha berterusan untuk memerangi penularan COVID-19 dengan pagar hijau setinggi kira-kira 2 meter pada semalam.
Namun tindakan itu mencetuskan bantahan orang awam berkenaan sekatan yang memaksa sekitar 25 juta penduduk bandar itu untuk tinggal di rumah. di mana penduduk berpendapat tindakan itu sebagai tidak wajar.
Bagaimanapun difahamkan pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
Beberapa hari lepas, sekatan sudah mula dilonggarkan di Shanghai bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan.