25 APR : Rawatan eksperimen pil antiviral COVID-19 Shionogi memperlihatkan kesan lebih pantas bagi merawat virus berkenaan.
Pil anti viral yang dikenali sebagai S-217622, yang dibangunkan firma Shionogi & Co,menunjukkan pembersihan pantas virus SARS-CoV-2 yang berjangkit, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, memetik keputusan Fasa-2b daripada percubaan klinikal Fasa II/III ubat itu.
Penemuan yang dikeluarkan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam jumlah skor 12 simptom COVID-19 antara kumpulan rawatan walaupun ubat itu menunjukkan peningkatan dalam skor simptom pernafasan dan demam, kata Shionogi.
Pengeluar ubat itu berkata pada Mac lalu, ia akan melancarkan percubaan Fasa III di seluruh dunia untuk pil antiviral itu dengan sokongan kerajaan Amerika Syarikat (AS).ADVERTISEMENTabout:blankabout:blank
Ketua Eksekutifnya, Isao Teshirogi, berkata pengeluaran boleh mencapai 10 juta dos setahun.
Saham meningkat pada Jumaat lalu, selepas laporan kerajaan AS sedang berbincang untuk mendapatkan bekalan pil berkenaan.
Pada 13 April lalu, saham syarikat itu merosot sebanyak 16 peratus ke atas laporan bahawa ubat itu boleh menimbulkan risiko kepada kehamilan, berdasarkan data praklinikal.