nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Elon Musk ambil alih Twitter AS$44 bilion

26 APR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk mencapai rundingan untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.44 bilion).

Bilioniar itu sebelum ini menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan berucap, mengkritik pendekatan Twitter dan berkata bahawa algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.

Transaksi pembelian Twitter itu diluluskan pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang taruh. Penganalisis menjangkakan bahawa tiada kekangan berhubung aspek kawal selia selepas ini.

elon musk
MUSK

Rumah Putih enggan mengulas lanjut berhubung perjanjian dimeterai Musk, namun berkata bahawa Presiden Joe Biden sudah sekian lama mengutarakan kebimbangan terhadap kuasa platfrom media sosial.

“Kebimbangan kami bukan perkara baharu.

“Presiden (Biden) sudah lama menyuarakan kebimbangannya terhadap kuasa platform media sosial, termasuk Twitter dan lain-lain dalam menyebarkan maklumat yang salah,” kata jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki, sambil menambah bahawa platform media sosial itu harus lebih bertanggungjawab.

Perbincangan berhubung perjanjian jual beli itu pada minggu lalu dilihat tidak menentu, namun dipercepatkan selepas Musk ‘memikat’ pemegang taruh menerusi butiran kewangan di sebalik penawarannya.

Berdepan tekanan, Twitter mula mengadakan rundingan dengan Musk yang ingin membeli syarikat berkenaan pada kadar harga AS$54.20 (RM235.82) bagi setiap unit saham.

“Kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” kata Musk dalam kenyataan.

Saham Twitter melonjak 5.7 peratus semalam, menghampiri paras AS$51.70. Perjanjian itu mewakili hampir 40 peratus premium harga dagangan ditutup, iaitu sehari selepas Musk mendedahkan butiran pembelian sembilan peratus pegangan Twitter. – REUTERS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.