26 APR : Kes harian jangkitan COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan angka di bawah 3,000 apabila sebanyak 2,478 kes baharu dilaporkan setakat semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,433,551 kes.
Kali terakhir negara ini mencatatkan kes COVID-19 di bawah angka 3,000 adalah pada 2 Januari lalu dengan 2,882 kes.
Menurut data daripada laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes baharu yang dikesan itu membabitkan 2,471 kes penularan tempatan dengan tujuh kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.