nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahmad Zahid fail saman fitnah terhadap Tun Mahathir

27 APR : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung dakwaan mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu, untuk mencampuri perbicaraan mahkamah.

Ahmad Zahid , 69, yang juga Presiden UMNO selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq di Mahkamah Tinggi di sini, pada 20 April lalu dengan menamakan Dr Mahathir, 97, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan dalam sistem mahkamah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada 19 Oktober 2018 atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Semua pertuduhan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.

Ahmad Zahid mendakwa bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya, pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Februari lalu.

“Pada hari sama juga, rakaman video mengenai kenyataan fitnah pada majlis itu diterbitkan semula secara langsung di akaun YouTube Astro AWANI dikendalikan oleh portal berita dalam talian popular, iaitu Astro AWANI berdurasi 56 minit dan 46 saat yang boleh diakses melalui internet,” katanya dalam pernyataan itu.

Menurut plaintif, setakat tarikh writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan, rakaman video majlis itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 23,443 tontonan dan akaun Youtube Astro AWANI mempunyai 1.44 juta pelanggan, selain rakaman video itu dilaporkan secara meluas melalui pelbagai medium media sosial, iaitu akaun YouTube ‘MalaysiaGazette TV’, Facebook profil ‘Astro AWANI’ dan akaun TikTok ‘MalaysiaGazette TV’.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah berkenaan antaranya membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan.

Beliau juga mendakwa difitnah menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Perdana Menteri bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.

“Kenyataan itu juga membawa maksud saya seorang yang bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai. Setiap tindakan saya disyaki dan diragui ketelusannya serta cuba mencampuri sistem kehakiman negara,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan kenyataan fitnah itu memburukkan dan merosakkan reputasi serta nama baiknya, selain menjatuhkan, merendahkan maruah serta kredibilitinya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

“Oleh demikian, kenyataan fitnah itu jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepada saya selaku pemimpin tertinggi parti BN yang secara tidak langsung, memberikan imej buruk kepada parti berkenaan yang bertanding dalam PRN Johor,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut memfailkan notis permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) untuk perintah injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai, pembantu, ejen, pekerja dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.

Ia juga bagi menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platfom media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Turut dimohon perintah injunksi interim bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah dalam portal berita dalam talian dan sosial media di Youtube dan Facebook ‘Astro AWANI’ serta Youtube dan Tiktok ‘MalaysiaGazette TV’.

Selain itu, plaintif juga memohon perintah injunksi interim mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadamkan serta menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman ketika dihubungi pemberita, berkata mahkamah menerusi pengurusan kes di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nor Afidah Idris hari ini, menetapkan 17 Jun ini bagi pendengaran permohonan inter-parte.

“Permohonan inter-parte itu di depan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff yang berlangsung secara dalam talian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.