28 APR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjangka sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata kenderaan dijangka bergerak secara berperingkat bermula esok.
Beliau berkata, pihak polis akan membuat pemantauan untuk melancarkan perjalanan orang ramai pulang ke kampung.
JSPT Bukit Aman menjangka antara dua hingga 4.7 juta kenderaan mula bertali arus di jalan raya dan lebuh raya bermula esok.
“Kenderaan ini dijangka bergerak secara berperingkat untuk balik ke kampung bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga,” katanya selepas menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kepada Datuk Muhamad Zaki Harun yang memangku Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.