28 APR: Gerhana matahari separa dijangka berlaku Sabtu ini, yang boleh disaksikan di seluruh bahagian Antartika, Amerika Selatan di hujung selatannya dan Lautan Pasifik serta Atlantik.
Bagaimanapun, ia tidak dapat dilihat dari Indonesia atau Malaysia.
Gerhana tersebut dijadualkan bermula pada 30 April dan dijangka berakhir pada 1 Mei ini.
Penyelidik Agensi Angkasa Lepas Indonesia (INASA), Andi Pangerang, berkata gerhana matahari separa kali ini bertepatan akhir bulan Ramadan.
“Ini bermakna bulan sabit (anak bulan) mungkin dapat disaksikan ketika matahari terbenam selepas gerhana.
“Gerhana matahari separa adalah fenomena astronomi ketika bumi, bulan dan matahari terletak pada satu garis lurus, menyebabkan permukaan matahari yang dapat dilihat dari bumi hanya tertutup sebahagian saja oleh bulan.
“Hal ini disebabkan bayangan bulan yang jatuh di permukaan bumi hanya bayangan penumbra (bayang luar) saja, sedangkan bayangan umbra (bayang penuh) inti berada di luar permukaan bumi,” katanya.
Wilayah yang tertutup oleh bayangan penumbra penumbra (bayang luar) bulan akan mengalami gerhana matahari separa sementara wilayah yang tertutup oleh bayangan umbra (bayang penuh) bulan akan mengalami gerhana matahari sepenuhnya.
Gerhana matahari separa yang selanjutnya dijadualkan berlaku pada 25 Oktober ini, yang dapat dilihat dari Eropah, Afrika Timur Laut dan Asia Barat.
Tahun ini, tidak ada gerhana matahari sepenuhnya kerana pemandangan matahari akan tertutup sepenuhnya oleh bulan hanya pada 2023.
Bagaimanapun, satu lagi gerhana matahari separa dapat disaksikan pada 16 Mei ini iaitu kira-kira dua minggu dari sekarang.
Matahari adalah kira-kira 400 kali lebih besar daripada bulan tetapi bulan mengorbit bumi kira-kira 400 kali lebih dekat daripada bumi mengorbit matahari.
Kadang-kadang, bulan cukup dekat dan dalam posisi yang tepat untuk menutupi matahari sepenuhnya dari perspektif bumi hingga 7.5 minit.
Namun, keadaan seperti ini hanya terjadi setiap 18 bulan sekali manakala gerhana separa lebih kerap berlaku. – AGENSI