40 kes baharu di Sabah, terendah sejak Mac tahun lalu
28 APR : Sabah mencatatkan jumlah kes harian jangkitan COVID-19 paling rendah sejak 29 Mac tahun lepas apabila sebanyak hanya 40 kes positif baharu dilaporkan semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, jumlah kes baharu hari ini ialah 40 kes, penurunan 11 kes berbanding jumlah jangkitan semalam yang mencatatkan sebanyak 51 kes Selasa lepas.
“Sebanyak 13 daerah mencatatkan kes baharu satu angka iaitu Kota Kinabalu (6); Tambunan (5); Sandakan (4); Telupid (3); Tuaran (2); Ranau (2); Beluran (2) manakala Penampang, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Kinabatangan dan Sipitang masing-masing mencatatkan sebanyak satu kes sahaja.
“Keningau menjadi daerah tunggal di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka dengan 10 kes,” katanya menerusi satu kenyataan media.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, berkata bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 358 menjadikan jumlah kumulatif 361,452 orang manakala 208 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 208 orang di hospital.