nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

OKU tidak akan disaman guna PMA lintas jalan

28 APR: Pihak berkuasa tidak akan mengeluarkan saman terhadap orang kurang upaya (OKU) dan individu mempunyai masalah kesihatan yang menggunakan ‘Personal Mobility Aids’ (PMA) di lintasan pejalan kaki jalan raya bagi tujuan melintas jalan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan itu mengambil kira keperluan OKU yang menggunakan kenderaan mikromobiliti PMA seperti kerusi roda berkuasa elektrik dan bateri sebagai alat bantuan untuk bergerak.

“Saya beri jaminan pihak berkuasa tidak akan keluarkan saman terhadap golongan OKU. Ini kerana kita faham, OKU dan individu ada masalah kesihatan perlukan alat bantuan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Ka Siong bertemu wakil persatuan OKU di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil persatuan OKU di pejabatnya, di Putrajaya hari ini.

Selasa lalu, Ka Siong mengumumkan larangan serta-merta penggunaan kenderaan mikromobiliti jenis ‘Moped, Personal Mobility Devices’ (PMD) serta PMA di atas jalan yang kemudian menimbulkan kebimbangan dalam kalangan OKU.

Susulan itu, beliau mengadakan sesi libat urus bersama lima wakil persatuan OKU, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan selama hampir dua jam hari ini bagi menerangkan pelaksanaan larangan terbabit secara terperinci.

Bagi membolehkan pihaknya memahami keperluan OKU dan mengelak salah faham pada masa hadapan, Ka Siong berkata, wakil OKU akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah MIROS dalam masa terdekat.

Katanya, beliau telah meminta Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi untuk mengemukakan nama calon kepadanya selewat-lewatnya selepas Aidilfitri.

Sementara itu, Ras Adiba yang mewakili semua persatuan terbabit, melahirkan kelegaan terhadap penerangan yang diberikan Ka Siong berhubung pelaksanaan larangan terbabit.

“Terima kasih Datuk Seri kerana telah terangkan dengan jelas kepada kami. Sebelum ini kami keliru berhubung larangan ini. Bila sudah faham, kami rasa lega dan kami juga difahamkan bahawa OKU tidak akan disaman kalau lintas jalan menggunakan kerusi roda,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ka Siong turut mengumumkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada individu yang menjaga OKU.

“Sebelum ini kita berikan kepada OKU sahaja, tapi kita juga akan kecualikan kepada yang jaga OKU yang guna kenderaan sendiri untuk mudahkan pergerakan OKU di bawah jagaan mereka,” katanya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.