4 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Bomba Sedunia kepada seluruh anggota pasukan itu yang menjadi antara tunjang barisan hadapan Keluarga Malaysia.
Kata Ismail Sabri, beliau bangga kerana mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab demi keselamatan Keluarga Malaysia.
“Siap siaga pada setiap bencana, marak api mereka tawan, untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia demi tugas yang diamanahkan.
“Terima kasih kepada anggota bomba dan penyelamat negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.
Tegasnya, anggota bomba dan penyelamat adalah wira kebanggaan negara, barisan hadapan yang sentiasa bersedia tanpa mengira waktu membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pertolongan.