6 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,278 kes baharu semalam termasuk tiga kes import jangkitan dari luar negara.
Menurut data di portal COVIDNOW, ia menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini adalah 4,454,113.
Sementara itu, dua kes kematian baharu direkodkan akibat COVID-19 semalam Khamis, namun tiada kes kematian di luar hospital (BID) dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,569 orang daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.Dalam pada itu, terdapat 27,454 kes aktif Covid-19 di seluruh negara melibatkan seramai 26,407 individu dikuarantin di rumah manakala 17 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Data KKM itu turut menunjukkan 964 kes dirawat di hospital dan 66 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 30 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 36 lagi memerlukan mesin ventilator.
Selain itu juga, 2,599 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini 4,391,090.