nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Singapura dikurnia darjah kebesaran Johor

6 MEI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu diadakan dengan penuh istiadat dan berlangsung di Istana Besar Johor, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Perdana Menteri Singapura.

Dari kiri: Tunku Ismail, Hsien Loong, Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah, Ho Ching dan Che Puan Besar Khaleeda di Istana Besar Johor, Johor Bahru hari ini.

Pada majlis istiadat yang sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada isteri Hsien Loong, Ho Ching yang membawa gelaran Datin Paduka.

Berangkat sama pada majlis itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah pengurniaan darjah kebesaran tertinggi kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

Sultan Ibrahim bertitah, hubungan Johor dan Singapura sudah terjalin sejak sekian lama dan pengurniaan darjah kebesaran tertinggi daripada Istana Johor itu terus mengukuhkan hubungan dua hala.

“Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Singapura dan Johor,” titah baginda di Facebook rasminya.

Istana Johor sebelum ini pernah mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa pemimpin republik itu sebagai lambang persahabatan dan hubungan erat antara Johor dan Singapura.

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan bekas menteri undang-undang, EW Barker pernah menerima anugerah sama pada 1984, diikuti bekas Perdana Menteri, Goh Chok Tong pada 1991.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.