6 MEI : Polis mengejar seorang pemandu kereta dipercayai mabuk sejauh lebih 56 yang memandu dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira 11 pagi.
Adegan kejar mengejar itu bermula dari Pedas, Negeri Sembilan sebelum pemandu berusia 24 tahun yang menaiki Toyota Altis itu diberkas berhampiran Tangkak, Johor pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis peronda lebuh raya (EMPV) Sektor 2 Pedas-Ayer Keroh membuat kawalan lalu lintas kemalangan.
Katanya, polis mengesan sebuah kereta Toyota Altis berwarna putih dipandu dalam keadaan bahaya dan mencurigakan.
Berikutan itu, pasukan EMPV mengejar kenderaan itu bermula dari dari KM223 hingga KM169, Lebuhraya PLUS arah selatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta itu ditahan di kilometer 169 berhampiran susur keluar Tangkak dengan bantuan pasukan EMPV Tangkak.
“Pemandu kereta itu dan penumpangnya seorang remaja lelaki berusia 17 tahun berjaya diberkas. Hasil ujian pernafasan terhadap pemandu kereta itu mendapati dia mengambil alkohol berlebihan,” katanya.
Dalam kejadian itu, kereta terbabit sempat dilihat memotong beberapa kenderaan lain dan melanggar sebuah kereta sebelum dikejar polis.